Sabtu, 21 Julai 2012

hadirnya Ramadan bersama kegembiraan dan kerinduan

hadirnya Ramadan kali ini bersama berita kegembiraan yang pastinya buat mama, ayah, wan, nenek, mak lang, mak long dan seluruh ahli keluarga besar kita, Alhamdulillah mama bersyukur sgt2 harap segalanya berjalan lancar hingga keakhirnya.
Dan dalam kegembiraan itu sungguh mama tidak pernah melupakan putera mama yang sering mama rindu, kerinduan yang semakin memuncak sejak akhir2 ini, entah kenapa hanya Allah yang tahu..
Moga Ramadan kali ini mama dapat berpuasa penuh (walaupun smlm doc dh pesan kalau xbleh jgn paksa diri)..mama juga sudah mula mendapatkan rawatan seperti saat mengandungkan Rayyan dulu..mkn dupaston, obimin, matfomin dan mcm2 lg..mungkin itu yang membuatkan mama rindukan Rayyan sgt2..
Dan smpi saat nie mama still ok2 je..cume selera makan yang tak terkawal dan perut yang asyik minta diisi bt mama keletihan..hehehe..but i'm happy..
Moga adik Rayyan membesar dengan sihat dan sempurna, moga segalanya selamat hingga keakhirnya..dan mama tak putus-putus berdoa moga mama diberikan peluang untuk terus mengandungkan, melahirkan dan membesarkan semua zuriat2 mama hingga penghujung nyawa mama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan