Isnin, 20 Februari 2012

sepi



Sejujurnya tika dan saat ini..aku sedang cuba sedaya upaya mengumpul segala kekuatan untuk memujuk hati agar tidak terlalu kecewa..mungkin diri ini memerlukan sedikit ruang untuk bertenang dan berfikir secara lebih positif...ye..perlu lebih positif agar diri tidak terbawa-bawa dek arus kesedihan. Positif itu perlu untuk kita menjadi kuat dan lebih cekal..
Benar..adakalnya kita tidak mampu untuk menipu diri..adakalanya kita bagaikan tidak mampu untuk berdiri..namun kita harus yakin dengan takdir Allah..dan aku sentiasa mengingatkan diri ini bahawa sesukar manapun perjalanan hidup ini..sekuat manapun ujian yang datang..ianya datang dari Allah..dan Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari tahap memampuan hambaNya...kita perlu belajar bagaimana untuk memujuk hati kita sendiri..dan bagaimana untuk mengawal hati agar tidak terlalu mengikut bisikan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia..nauzubillah...
Selepas lebih setahun Rayyan 'pergi' kami mula berusaha untuk mendapatkan zuriat lagi...bkn untuk menggantikan Rayyan..tapi untuk menyambung keturunan kami..dan sesungguhnya Rayyan tak mungkin ada penggantinya..biarpun Rayyan telah 'pergi'.tapi dia adalah kekuatanku..dan tiada apa yang dapat menggantikannya dihatiku..namun hingga kesaat ini kami masih GAGAL..dan kini sudah masuk bln ke4 kami mencube..ye aku sgt2 kecewa..mungkin kerana aku terlalu mengharap..bkn mudah untuk kita redha dan pasrah bile hati terlalu mengharap..namun seperti biasa aku perlu mengawal hati..biarpun terdetik dihati ini..kenapa begitu sukar...knp begitu..knp begini..mencari salah siapa..namun aku tersedar..itu bkn penyelesaiannya..ajal,maut,jodoh,pertemuan..semuanya telah ditentukan..
Dalam kesepian ini..aku terus berdoa dan berharap..agar aku diberi kesempatan dan peluang untuk merasai lagi nikmat itu..nikmat mengandung..melahirkan..menyusukan..dan membesarkan sendiri zuriat2ku..cuma mungkin aku perlu lebih sabar dan kuat..InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan