Isnin, 19 Disember 2011

sehelai kain putih...

pernah ..
aku dipinjamkan..
oleh Penciptaku..
sehelai kain putih..
yang suci dan bersih..
untuk ku corakkan..
apa saja warna kesukaanku..
apa saja yang ku inginkan..
menjadi tanggungjawabku..
juga pasanganku..


namun..
belum puas aku mencorakkannya..
belum puas aku membentuknya..
sehelai kain putih itu..
hilang..
kembali pada Sang Pencipta...


Mungkinkah..
aku belum cukup layak
untuk mencorak kain putih itu..
mewarnainya..apatah lagi
membentuknya..
Hanya Dia yang tahu jawapannya..
dan aku terus mencari jawapan..
mencari hikmah disebalik
setiap kejadian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan