Isnin, 2 Januari 2012

2012...

2012 sudahpun menjelma..bersediakah kite sume untuk menghadapi setiap kemungkinan yang mendatang..tepuk dada tanyalah hati..
mama menutup tirai 2011 dengan sebuah lagi kisah sedih. Mama kehilangan seorang lagi anak mama..biarpun ianya cume berusia 2minggu..sedikit terkilan sebenarnya kerana untuk kali ini mama bukan sahaja tidak dapat melihat dan menyentuhmu..bahkan kehadiranmu juga tidak dapat mama rasakan yang mama rasakan cuma kesakitan..kesakitan yang teramat sangat..kesakitan akibat terlalu banyak kehilangan darah mungkin..dan kesakitan untuk menerima bahawa mama kehilangan lagi..kehilangan untuk kesekian kalinya..
Sebolehnya mama tidak mahu mempersoalkan mengapa ianya terjadi..mama cuma perlu redha..dan memujuk hati ini..sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..biar apapun yang berlaku ia hanyalah penyebab dan telah tertulis segalanya begini..sesungguhnya Allah telah mengatur segalanya dan mama percaya Allah telah merancang perjalanan hidup mama dengan sebaik perancangan..InsyaAllah..
sesungguhnya mama sangat sayangkan anak-anak mama..Rayyan dan dua lagi anak mama yang tidak sempat mama tatap wajahnya..mama percaya kalian bahagia disyurga Ilahi..berbahagialah wahai anak-anakku..suatu saat nanti kita pasti akan bertemu lagi...
Cukuplah bercerita tentang kehilangan..dan mama berharap biarlah ianya menjadi penutup bagi setiap kesedihan mama..penutup segala kesakitan...dan mama ingin memulakan 2012 dengan sebuah harapan...matahari akan menyinari setiap perjalanan mama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan